Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru.


salam sejahtera..aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 kat Malaysia termasuklah ayah dan mama..tak lupa juga kawan2 yang tengah belajar dekat institut perguruan..Ayah, Mama, selamat hari guru dan selamat mendidik semua pelajar..mesti banyak dah student yang berjaya hasil tunjuk ayah mama dan guru2 lain..ckp pasal hari guru, aku teringat satu lagu pasal guru iaitu lagu Guru Malaysia..aku suka betul dengan lagu ni..mungkin sebab parents gurulah kot..ini dia lirik lagu guru Malaysia.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu dan lirik ini ialah hasil karya Hashim Ahmad dimana aku sendiri tak pasti siapa beliau..kepada semua guru2, teruskan mendidik dan mendidik..kepada semua pelajar, hormatilah guru anda dan kepada yang dah berjaya, ingat hasil tunjuk ajar merekalah korang berjaya..salute!

No comments:

Post a Comment