Friday, 10 June 2011

Virgin Coconut Oil

Salam sejahtera..sudah lama rasanya aku tidak membabitkan diri dalam dunia blog ni. Maklumlah cuti kali ini agak sibuk. Kali ini aku datang dengan satu hebahan mengenai Virgin Coconut Oil atau dalam bahasa melayunya, Minyak Kelapa Dara. Tujuan post ini dilakukan ialah untuk membantu kawan aku yang menjadi pengedar untuk pil kelapa dara. So, sesiapa yang berminat untuk membeli atau mencuba Virgin Coconut Oil ini bolehlah berhubung dengan sy di Facebook atau komen disini. Akan aku linkkan korang dengan kawan aku tu. Kenapa aku linkkan dengan dia?? Sebab aku tak menjual, cuma membantu sampaikan berita ini. Namun aku masih boleh menjadi org tengah tanpa sebarang cas diperlukan. =) Oh ya, Virgin Coconut Oil (VCO) yang kawan aku jual ni ialah produk keluaran Catalyst





Apa itu Minyak Kelapa Dara?


Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepualauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnnya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. 


Khasiat dan fungsi Minyak Kelapa Dara?


Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri



Kesan segera pengunaan Minyak Kelapa Dara.


*Melegakan pernafasan - Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

*Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil – Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksik melalui najis

*Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

*Di dalam usus kecil dan usus besar, ia memusnah organisma perosak seperti virus, bacteria, seperti virus,bacteria,kulat dan protozoa(cacing). Oleh itu, penghadaman akan mencapai tahap maksimum.

*Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksimum, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal (anda tidak perlu makan banyak dan kerap,ia dapat mengawal nafsu makan secara automatik)

*Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan akan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

*Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

*Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.


Saturday, 4 June 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-10

Salam sejahtera. Kini kembali! layan.


sumber :guatv

Saturday, 28 May 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-9

salam sejahtera. sempena masa yang ada sedikit ini, aku kongsikan dengan korang semua dengan fenomena yang melanda Malaysia ketika ini iaitu maharaja lawak untuk minggu yang ke-9, so selamat enjoy.


sumber; guatv

10 tanda wajib kahwin.

salam sejahtera, dah lama rasanya aku tak post dalam blog ni..maklumlah masa kurang mengizinkan. Kali ini aku nk kongsi satu artikel/info dengan korang semua tentang tanda-tanda wajib kahwin. jadi, baca lah dengan teliti manalah tahu korang pun tergolong dalam golongan ini.. kalau ya, cepat-cepat beritahu mak suruh masuk meminang dan nikah, bagi yg perempuan suruh teman korang. masuk pinang korang..

10 tanda wajib kahwin
1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.
Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.
Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.
3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.
“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31
Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.
“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21
4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72
5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:
“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.
Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14
Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.


7. Jatuh cinta pada seseorang.
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:
“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189
8. Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:
“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.
Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.


9. Beronani.
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7
“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

sumber: wayne mcfred@gempak.org

Tuesday, 24 May 2011

Haiwan pun pandai senyum

salam sejahtera..tadi masa aku belek internet ni, aku terjumpa/terbuka/terlihat foto-foto haiwan yang senyum. Amboi, manis sungguh. Tak tahu lah sama ada gambar ini realiti atau palsu. Tapi sama-sama lah kita tengok ye..















Haha. tengok kalau monyet dan kucing senyum aku boleh la terima lagi. Ini dengan anjing laut pun boleh senyum. Paling ajaib, burung senyum. Boleh pula paruh burung tu tukar bentuk. Haha, biar lah. Yang penting kita enjoy.

sumber: billy info

Sunday, 22 May 2011

KLCC, McDonald's, Sky Bridge, Parking Fee and Red Wiper

Salam sejahtera..hari ini aku nak kongsi sikit dengan korang semua tentang ape yang aku buat pada 18 Mei 2011..tak sempat nak post awal-awal sebab agak sibuk..sekarang dah free sikit boleh la aku share dengan korang semua.

Aku bangun seawal pukul 6 pagi hari itu. Mungkin la sebab excited sangat kot. Haha. Aku dengan sepupu aku bersiap dengan pantasnye dan bergerak pergi ke KLCC. Hari ini kami plan nak naik Sky Bridge tingkat 41 KLCC. Sampai KLCC dalam pukul 9 pagi, terus pergi ke kaunter tiket. Alamak! ramai orang dah beratur tapi nasib kami baik, setelah sejam beratur dapat juga tiket untuk lawatan jam 3 petang dan dengan status pemegang MyKad, tiket hanya RM3. =)
KLCC
The ticket

Sementara tunggu jam 3, kami jalan-jalan cuti mata di Suria KLCC. Wow! Uniqlo, aku memang suka betul dengan Uniqlo sebab pakaian di sini betul-betul ikut saiz orang asia. Sempat lagi pengaruh sepupu aku dan dia pun dah terpengaruh..Uniqlo best kan?
Uniqlo Suria KLCC

Alamak! lapar la pula. Kami pun apa lagi, terus naik ke medan selera dan ternampak la McDonald's. Dengan tak banyak cakap, kami terus ke situ dah sarapan pagi di situ.
Nak secawan?
Akhirnya, setelah penat merayau. tiba juga masa yang dinantikan. Sky Bridge. Sedikit taklimat diberikan kemudian dengan pantasnya lif membawa kami naik dari aras bawah ke aras 41 hanya dalam masa 41 saat!! sesaat setingkat. Kagum melihat kawasan sekeliling.
Pintu Masuk
Pandangan 1
Pandangan 2
Pandangan 3


Dah cukup penat untuk hari ini, kami bersiap untuk pulang tapi kami dikejutkan dengan satu insiden. Haha. Ini secara langsung membuat kami bersama insaf dan serik. Kami takkan parking di KLCC lebih dari sejam.Haddoi!
Padan muka!

Haaaa, ini pulak kereta yang unik yang kami jumpa dalam pejalanan ke Cheras. Wiper warna merah tu. Haha. Rim pun warna merah tapi tak sempat nak snap.
Sorry tuan punya kereta!

Itu je la yang aku nak kongsi dengan korang semua.

Saturday, 21 May 2011

Maharaja Lawak Minggu ke-8

salam sejahtera..dah lama rasanya aku tak update blog ni..agak sibuk buat seketika waktu sebab ada banyak benda nak kena urus..tapi aku cari la sikit masa utk bagi peminat2 maharaja lawak tengok pelawak2 pilihan hati korang. so, jom layan..oh ya, untuk pengetahuan korang kumpulan R2 telah diundi masuk ke dalam rancangan maharaja lawak bagi minggu ke 8...tahniah R2!










Masalah teknikal telah pun dapat di atasi. Jadi, semoga gembira menonton.

credit to: guatv